Tuesday 21 April 2015

For the 1st time trying to blogging :)

hai Assalamualaikum Semua,Blog ini hanya untuk Basic information for basketball... :)
Main bola keranjang (basketball),kita perlu tau sejarahnya dlu kn.. soooo...

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty).
 
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristiandan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggangsesebuah bangunan.

Dan,Setiap pemain mempunyai posisi tertentu.. Posisi ini amat penting dalam sukan basketball kerana tanpa posisi pemain akan kebingungan tentang posisi...

Posisi Pemain Bola Basket antara lain :

    1.      Point Guard (PG): Tugasnya adalah membawa bola dan memberikan passing pada temannya. Dia yang mengatur irama permainan teamnya, apakah cepat atau lambat. Biasa juga disebut playmaker. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang berbadan kecil tapi lincah dan pakar menggelecek.

2.      Shooting Guard (SG): Seperti namanya, SG adalah orang yang punya tugas untuk menembak bola dari jarak-jarak yang cukup jauh. Dia harus cepat bergerak dan mencari posisi yang kosong untuk menjaringkan bola. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang paling bagus accuracy shooting.

3.      Small Forward (SF): SF punya tugas mencetak angka. Dengan kata lain seorang SF harus mampu menembuskan  pertahanan dan melakukan lay-up atau dunk, juga melakukan shoot dari jarak-jarak tertentu. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang punya teknik hebat dan mampu menambah point(Jaringan).

4.      Power Forward (PF): PF tugasnya adalah rebound bola. Rebound sangat penting, jika dalam pertahanan, rebound penting agar bola tak kembali ke tangan musuh. Jika dalam penyerangan, rebound penting untuk kembali menciptakan kesempatan menambahkan jaringan. Biasanya posisi ini dipegang oleh orang yang lompatannya tinggi dan badannya cukup besar untuk melakukan body contact.

5.      Center (C): C tugasnya di pertahanan dan penyerangan.. Untuk pertahanan, ia harus mampu menghalang dari jaringan jarak dekat seperti lay-up atau dunk musuh.. Untuk posisi menyerang, C harus peka keadaan sekeliling gelanggang lawan dan harus tau kedudukan rakan yg kosong untuk memudahkan rakan lain mudah menambah jaringan(point). Selain itu C juga  harus mempunyai  kekuatan badan untuk menerima body contact dari pihak lawan dan mampu menambah point dibawah Ring. Posisi ini biasanya dipegang oleh orang yang badannya paling tinggi dan besar.